Adalah kaum muslimin ketika baru
sampai di kota Madinah, berkumpul menunggu waktu sembahyang kerana belum ada
cara untuk memberitahu. Pada suatu hari mereka itu bermesyuarat tentang cara
pemberitahuan waktu; ada yang mengatakan supaya menggunakan loceng seperti
Nasrani dan ada pula yang mengatakan supaya menggunakan trompet seperti Yahudi.
Maka berkata Umar bin al-Khattab r.a:” Bukankah lebih baik menyuruh seseorang
meneriakkan atau memberitahukan waktu sembahyang?”
Bersabda Rasulullah s.a.w:
”Hai Bilal, pergilah dan ajaklah orang-orang
bersembahyang.” (Muslim)
mari kita hayati sebentar....
Ketika orang-orang Islam masih sedikit
jumlahnya, kesulitan tidak timbul untuk mereka berkumpul bersama-sama bagi
menunaikan solat secara berjemaah.
Namun semakin hari semakin banyak
bilangan orang-orang Islam sehingga timbullah masalah untuk memanggil atau
mengingatkan mereka untuk menunaikan solat pada waktunya.
Oleh sebab itu wujudlah mesyuarat
yang membincangkan tentang keperluan
Ada banyak cadangan yang diusulkan seperti yang diceritakan di dalam hadis.
Salah satu daripada usul itu datang
dari Umar r.a yang mencadangkan agar ditunjuk seseorang yang bertindak sebagai
pemanggil kaum Muslim untuk solat pada setiap masuknya waktu solat.
Saranan ini kebanyakannya
dipersetujui oleh semua orang, termasuk Rasulullah s.a.w. memandangkan banyak
cadangan-cadangan yang lain lebih mirip kepada kaum kafir.
Namun yang menjadi persoalannya kini ialah bagaimana perlaksanaannya?
Abu Dawud mengisahkan bahawa
Abdullah bin Zaid r.a meriwayatkan :
"Ketika cara memanggil kaum
Muslimin untuk solat dimusyawarahkan, suatu malam dalam tidur aku bermimpi
melihat ada seseorang sedang memegang sebuah loceng.
Aku dekati orang itu dan bertanya
kepadanya apakah ia ada maksud hendak menjual loceng itu.
Jika memang begitu aku memintanya
untuk menjual kepada aku saja.
Orang tersebut malah bertanya,"
Untuk apa ? Aku menjawabnya,
"Bahawa dengan membunyikan
loceng itu, kami dapat memanggil kaum Muslimin untuk menunaikan solat."
Orang itu berkata lagi, "Adakah
kau mahu jika ku ajarkan cara yang lebih baik ?"
Dan aku menjawab " Ya !"Lalu dia
berkata lagi, dan kali ini dengan suara yang amat lantang ,
" Allahu Akbar, Allahu
Akbar.."
Ketika esoknya aku bangun, aku
menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan
perihal mimpi itu kepada baginda.
Dan baginda bersabda: "Itu
mimpi yang sebetulnya nyata.
Berdirilah di samping Bilal dan
ajarkan dia bagaimana mengucapkan kalimat itu.
Dia harus mengumandangkan azan seperti itu dan
dia memiliki suara yang amat lantang.
" Lalu aku pun melakukan hal itu bersama
Bilal." Rupanya, mimpi yang serupa dialami pula oleh Umar r.a, beliau juga
menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w bersyukur kepada Allah
SWT di atas semua petunjuk tersebut.
Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095meter dari aras laut
Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap
penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung
Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu
padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang
misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah,
Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas
meninggal dunia. Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi
Lagenda
Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu
juga tidak terlepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik.
KaumKadazandusun yang
menetap disekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah telah
menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk
sekian lama,
mereka mempercayai tanah
sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang
perlu dipelihara sentiasa,
mereka juga mempercayai
bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan
berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya.
Menurut lagenda kaum Kadazandusun,
dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu,
ianya bermula dari
mitos naga yang menjaga harta karun mutiara.
Kesahan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di
puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu,
lebih-lebih lagi ketika
anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab,
pemandangan awan yang bergerak perlahan dan bunyi tiupan angin
yang kuat.
Diatas Gunung Kinabalu juga terdapat banyak
telaga dan lopak-lopak air semulajadi,
kaum Kadazandusun mempercayai disinilah tempat
roh-roh nenek
moyang
mereka mandi-manda,
disini juga tempat dimana segelintir dari
mereka yang bergelar
Bobohizan akan
mencuci badan dan mengambil air untuk diminum
dengan
tujuan untuk membuang sial.
Kini
kelopak-kelopak air itu dijadikan sebagai kolah harapan (wishing well)
untuk para pendaki yang mendaki di Gunung
Kinabalu,
para pendaki biasanya akan membaling duit
syiling kedalam
kolah harapan tersebut sebagai suatu cara
untuk menghormati roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun
supaya tidak
mengganggu mereka ketika mendaki dan turun.
Namun
perkara memuja roh dan membaling syiling ke dalam
kelopak air adalah sesuatu perkara yang
dilarang dalam Islam kerana
perbuatan itu dianggap syirik dan
terkutuk di sisi Allah.
Namun
Islam tetap membenarkan manusia untuk menghormati sesuatu kawasan selagi
adatnya masih selari dengan etika Islam.
~dipetik
dari wikipidea
dulu aku ada berangan nak jumpa jodoh aku dekat gunung kinabau..